CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

بسم الله الرحمن الرحيم

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, April 23, 2011

Contest Teka Umur Si Comel...

As'kum..

Harini ummi nak enter Contest Teka Umur Si Comel anjuran Syaisya.com..Mommies yg nak enter bleh klik sinun

Sooo tekaan ummi ialah :
umur Si Comel  Sumayyah
4 bulan 14 hari..


Pastu..ummi kena tag kekawan jugek..

Ummi nak tag Kak Nora..bleh dok
Kak Yanti..bleh kannn ;)
Umiliza..boleh tu...

tq
 


Monday, April 18, 2011

Penulis Senja Terakhir


As'kum ummi nak join Contest Penulis Senja Terakhir..

Tujuan ummi join utk mengasah bakat penulisan yg sudah lama berkarat dan untuk muhasabah diri ummi..

Siapa yg berminat bleh klik sini..



Sajak Ummi:


Senja Terakhir


Tika senja terakhir
melabuhkan sinarnya
aku masih terpaku di sini
termangu sendirian
alpa
siksa
pedih
perit
semuanya bersulam dalam satu

Teriakan sang mergastua
mengingatkan aku
tika saat itu datang
aku pasti akan terpinga kehairanan
bisakah lagi berbicaranya alam
selepas semua alamat diberikan
aku masih tega menyongsong arus
hanyut dalam kelekaan
menghirup fatamorgana duniawi
yang tak habis ditingkah zaman...

Tika lidah lancar berhujah
aku masih kegusaran
mampukah aku berdiri di hadapanNya
menghadap segala hujah-hujah
menerjah segala bukti-bukti
dengan dongakan seorang manusiawi

Salam Senja Terakhir
salam kesyahduan
salam peringatan
salam kehibaan
salam kemanisan
salam kenangan
saat itu saat daku tunggu
sebagai lestari cintaNya
walau diri ini nun jauh sayup di sana
bisakah diri yang kerdil ini melukut mengharap kasihMU...

Emm nak tag



Cempaka kuning
Anim
Norliza...

Sunday, April 17, 2011

Wedding Anniversary Giveaway



Mommy Jue buat GA sempena anniversary kedua perkahwinan..
Emm nak join sila klik cni atau banner atas

Okess nak tag akak nora lah, kak izan dan anim..:))

Thursday, April 07, 2011

Asleenda First Giveaway



G A ini anjuran Asleenda, nak join clik banner di atas ye..

Tag
Puan Kutu
                                                                             Sidratul